
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemajuan dan kecanggihan teknologi harus diakui sememangnya dapat memudahkan kehidupan seharian.
Lihat sahajalah aktiviti seharian seperti membeli-belah bahkan belajar pun menjadi begitu mudah hanya dengan satu klik di peranti pintar.
Kini, ia menjadi lebih menarik dengan kewujudan platform Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatGPT dan Gemini yang sememangnya amat membantu mereka yang memerlukan.
Pun begitu, ada segelintir yang dilihat mengambil kesempatan dengan kemudahan ini khususnya segelintir pelajar universiti yang terlalu bergantung kepada platform berkenaan dalam menyiapkan tugasan mereka.
Pelajar Universiti Tak Kisah & Perlekeh Pensyarah Bagi Assignment Saat Akhir
Baru-baru ini, kecoh di media sosial pengakuan (confession) seorang pelajar dari universiti tempatan tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya.
Menerusi luahan yang dikongsikan di laman Facebook Unimas Confession, pelajar berkenaan meluahkan rasa ‘kasihan’ dengan pensyarah yang memberi tugasan terlalu banyak dan pada saat akhir.
Ini kerana dia merasakan tindakan pensyarah khususnya dari golongan boomers itu langsung tidak menyusahkan mereka.
“Jujur daripada hati I la kan, I kesian dekat lecturer (pensyarah) Unimas especially yang boomers.
“They were trying so hard nak bagi assignment berlambak, assignment last minute tapi sikit pun tak menyukarkan kami,” tulisnya pada platform tersebut.
Bangga & Yakin Dapat Siapkan Assignment Dalam Masa Singkat Dengan Bantuan Teknologi
Jelasnya lagi, semua tugasan itu dapat disiapkan dalam masa yang singkat hanya menggunakan bantuan teknologi AI seperti ChatGPT Premium.
Malah, dia seakan berbangga dengan ‘hasil’ kerja kerasnya itu apabila carry mark yang diperolehi dari tugasan tersebut mendapat markah yang tinggi dengan bantuan platform berkenaan.
Pada masa yang sama, dia dilihat seolah-olah memperlekeh tindakan pensyarahnya yang memberikan tugasan sebegitu.
“We can just tutup mata je siapkan sehari sebelum dengan bantuan ChatGPT Premium, Deepseek and Gemini. Assignments kami semua letup-letup you alls. Siap citations and references.
“Hujung-hujung sem carry mark kami semua kaw-kaw padu atas 50%. Final exam pejam mata je nak dapatkan 30% nak score A. Kesiankan diorang tak dapat nak game kita,” jelasnya.
#Confession10149 Jujur daripada hati I la kan, I kesian kt lecturer2 unimas especially yg boomers. They were trying so…
Posted by Unimas Confession – on Friday 2 May 2025
Ramai Kecam Tindakan Pelajar, Anggap Teknologi Tidak Dapat Bentuk Diri Pelajar Sebenar
Hantaran yang telah mendapat lebih 460 perkongsian dan dikongsikan semula di platform lain nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam luahan pelajar berkenaan yang dilihat terlalu bergantung dengan teknologi dalam menyiapkan tugasan.
Malah, ramai yang berpendapat walaupun teknologi itu membantu namun hakikatnya ia mungkin tidak mengajar individu berkenaan tentang ilmu yang sebenar.
Pada masa yang sama, ada yang berpendapat pensyarah individu berkenaan sebenarnya boleh sahaja mengesan tindakannya itu dengan alat pengesanan AI seperti Turnitin, Grammarly dan banyak lagi.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Kalau Ya Pun Generasi Awak Semua Macam Ini, Kita Tunggulah Awak Semua Masuk Industri Nanti”

“Kita Pensyarah Tahu Je Student Guna ChatGPT, Kita Pun Boleh Je Nak Bagi Carry Mark Rendah”

“Lepas Tu Masuk Dunia Pekerjaan Tak Dapat Performed, Lepas Tu Depression”

“AI Boleh Beri Jawapan Tapi Adakah Students Tu Faham Jawapan Tu?”

“Saya Memang Wajibkan Student Buat Presentation, Sebab Assignment Saya Bagi Tiada Markah”

Baca Artikel Berkaitan: KPT Tiada Halang Penggunaan ChatGPT Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Tinggi
Baca Artikel Berkaitan: Fakulti AI Perlu Diwujudkan Di Semua Universiti Di Malaysia – Mohamad Fauzan
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Minta ‘Bantuan’ ChatGPT Kerana Buntu Nak Masak Apa Jadi Perhatian [Video]
Source:

![Tular Rakaman Audio Staf HR Mengamuk, Enggan Keluar Surat Pecat Pekerja & Paksa Staf Karang Sendiri [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Ia Disengajakan” – Tun Mahathir Buka Mulut Isu Kontroversi Tiada Bulan Sabit Pada Jalur Gemilang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)