Tular Rakaman Audio Staf HR Mengamuk, Enggan Keluar Surat Pecat Pekerja & Paksa Staf Karang Sendiri [Video]

2 May 2025 • 4:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Harus diakui, alam pekerjaan sememangnya mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Ada segelintir bertuah mendapat tempat kerja yang persekitarannya amat baik namun ada juga menerima nasib sebaliknya.

Lihat sahaja di media sosial, banyak luahan dari individu bekerja yang mendakwa ditindas atau dianiayai oleh majikan mereka sendiri.

HR Naik Angin Lepas Baca Isi Kandungan Surat Pekerja, Persoal Kenapa Ada ‘Diberhentikan’

Terbaharu, kecoh di media sosial rakaman perbualan seorang staf yang dipercayai dari bahagian sumber manusia (HR) sebuah syarikat yang mengamuk gara-gara isi kandungan surat berhenti seorang pekerjanya.

Menerusi video di TikTok @gipsymagi, pengguna itu berkongsikan rakaman suara perbincangan di antara staf HR berkenaan dengan seorang individu yang dipercayai pekerja berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah kedengaran staf HR itu meninggikan suara kepada pekerja lelaki tersebut.

Difahamkan, dia tidak berpuas hati dengan pekerja lelaki berkenaan gara-gara surat perletakan jawatannya yang mengandungi ayat ‘diberhentikan’.

Melalui perkongsian itu, dia turut mempersoalkan kandungan surat berkenaan kepada pekerja tersebut.

“Eh saya tak fahamlah surat awak ni, awak tulis apa eh? Kenapa awak cakap company yang berhentikan awak?”

“Saya tanya awak, awak yang nak berhenti ke atau company yang berhentikan awak?” tanya staf HR wanita itu.

Dakwa Syarikat Dah Panjangkan Tempoh Perkhidmatan

Malah dengan suara yang tinggi, wanita berkenaan seolah-olah mempertikaikan tindakan lelaki terbabit serta mempertahankan tindakannya.

Dalam perbualan itu lagi, staf HR berkenaan mendakwa dia telah meminta pihak atasan untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan pekerja tersebut atas dasar simpati walaupun pada asalnya pekerja itu sememangnya diberhentikan.

Kedengaran pekerja lelaki berkenaan mempertahankan diri namun staf HR tersebut tetap dengan pendirian bahawa syarikat telah memanjangkan tempoh perkhidmatan pekerja itu.

Ruangan Kapsyen Dedah Apa Yang Berlaku

Bagi memudahkan orang ramai memahami konteks perbualan tersebut, pengguna berkenaan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku disebalik perbualan tersebut.

Kongsi pengguna itu menerusi ruangan kapsyen, segalanya bermula pada 10 April lalu apabila bahagian sumber manusia telah memaklumkan kepada pekerja lelaki berkenaan bahawa dia telah diberhentikan dan 30 April adalah tarikh terakhir dia berkhidmat.

Keadaan itu membuatkan pekerja lelaki tersebut terpaksa mencari kerja lain namun pada masa yang sama, dia telah meminta surat dari syarikat untuk memohon faedah perlindungan di bawah PERKESO iaitu Skim Insurans Pekerjaaan (SIP) sementara mencari kerja yang baharu.

“Masa dia minta surat diberhentikan (termination letter) tu, HR puaka tu cakap bahawa dia (pekerja lelaki) yang kena buat surat resign. (Si fulan ni pandai sikit sebab dikelilingi member HR dan mak dia sendiri HR.

“Normal la HR mana nak buat surat buang orang sebab nak selamat kan diri, but not all HR sama ya.) Then si fulan tu insist nak juga surat dibuang kerja tapi diugut cakap nanti nama buruk. Tapi si fulan ni tetap nak juga dan then HR tu pun setuju nak bagi.

“Dua minggu sebelum kejadian ni, si fulan dipanggil meeting bersama HR lagi. HR mention untuk si fulan ni pilih sama ada pindah department lain dan turun gaji atau diberhentikan. (Ni pun dia tak record).

“Si fulan decided untuk diberhentikanlah sebab siapa je nak turun gaji kan? Lepas tu HR puaka tu pun cakap ‘okay nanti dia bagi surat diberhentikan tu’,” ceritanya lagi.

HR Masih Putar Belit Pada Perjumpaan Ketiga

Dakwa pengguna itu lagi, pekerja lelaki tersebut dipanggil semula seminggu lepas perjumpaan yang kedua.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah pihak HR masih menawarkan pilihan sama ada pekerja itu mahu menyambung seminggu lagi atau terus berhenti.

Kecewa dengan respon tersebut, pekerja berkenaan meminta tempoh waktu untuk berfikir.

“29/4/2025 si fulan bagi keputusan dia nak berhenti dan dia dipaksa untuk buat surat berhenti tu.

“Jadi si fulan hantar surat resign dengan salah satu isi kandungan dia tulis ‘diberhentikan’ oleh syarikat tersebut. Langsung si fulan dipanggil buat kali terakhir oleh HR puaka tu dan netizen nilailah sendiri apa yg berlaku di dalam rakaman suara ini.

“By the way, HR tu mengaku eh dia bagitahu awal-awal tu diberhentikan. Dengan tiada buat Performance Improve Plan (PIP), sesuka je dia cakap kena terminate dan siap suruh buat surat resign.

“Kau dah berhentikan orang dengan paksa tetiba kau suruh orang tu buat surat. Siapa yang belit ni? Siapa sekarang yang putar belit ni?” tulisnya lagi.

Malah, pengguna itu turut meminta pendapat tindakan selanjutnya untuk berhadapan dengan situasi sedemikian.

Pun begitu, menerusi satu kemas kini di ruangan komen, pengguna berkenaan mendakwa pihak pengurusan dan bahagian HR terus memutar belit keadaan dan mendakwa pekerja itu telah memperolehi pekerjaaan baru yang menyebabkan dia mahu berhenti.

image is not available

@gipsymagi

Sempena hari pekerja ni nk bersuara sebagai seorng pekerja🤣. Pada 10 april 2025, HR panggil meeting untuk memberi tahu yg fulan ni DIBERHENTIKAN dan di beritahu bahawa 30 april ni last day kerja. So si fulan ni buat keputusan untuk segera cari kerja baru untuk cari rezeki lah n lagi pun si fulan ni tngh berjuang untuk kumpul duit kawin (Silap masa ni tak record so takde bukti yg HR ni mention dye kene buang sebab hitam putih tkde). Dalam masa seminggu selepas si fulan ni di nyatakan berhenti by mulut hr puaka tu, si fulan mintak la surat di berhenti kan supaya boleh apply socso for backup sementara cari kerja baru. Mase dye mintak surat di berhntikan tu, HR puaka tu ckp bahawa dia yg kne buat surat resign. (Si fulan ni pandai sikit sbb dikelilingi mmber HR n mak dye sndri HR. Normal la HR mne nk buat surat buang orng sbb nk selamat kn diri.. but not all HR sama ya.) then si fulan tu insist nk jugak surat di buang kerja tapi di ugut ckp nnti nama buruk. Tapi si fulan ni tetap nak jugak n then HR tu pun setuju nk bagi. 2 minggu sebelum kejadian ni, si fulan di panggil meeting bersama HR lagi. HR mention untuk si fulan ni pilih sama ada pindah department lain n turun gaji or di berhentikan. (Ni pun dia tak record). Si fulan decided untuk di berhentikan lah sbb siapa je nk turun gaji kan?. Lps tu HR puaka tu pun ckp okey nnti dye bagi surat di berhntikan tu. After seminggu kemudian dri second perjumpaan tu si fulan pun di panggil lagi buat kali ke 3. HR puaka bagi choice lagi sama ada si fulan tu nk sambung lagi seminggu atau nk berhenti. Lahhhh pulakkk. Si fulan rasa mcm di permainkan gituhhh n lagi pun si fulan tawar hati dh sangat sangat dngn management situ n HR yg suka putar belit ni. Si fulan dalam keadaan yg bercelaru sbb kerja pun tak dapat lagi (yelah susah skrng cari kerja). Dia mintak waktu untuk di fikir fikir kan n dia tak bagi kata putus lagi sbb katanya seminggu tu fikir fikirkn lah nk berhenti or sambung. 29/4/25 si fulan bagi keputusan dye nak berhnti and dia di paksa untuk buat surat berhenti tu. Jadi si fulan hantar surat resign dengan salah satu isi kandungan dia tulis di berhentikan oleh syarikat tersebut. Langsung si fulan di panggil buat kali terakhir oleh HR puaka tu dan netizen nilai lah sendiri apa yg berlaku di dalam rakaman suara ini. ByTheWay HR TU NGAKU EH DYE BGTAU AWAL AWAL TU DI BERHENTIKAN. Dengan takde buat PIP, sesuka je dia ckp kne terminate and siap suruh buat surat resign. Kau dh berhentikan orng dngn paksa tetiba kau suruh orng tu buat surat. Siapa yg belit ni? Siapa sekarang yg putar belit ni? Sebagai pekerja kita pun berhak untuk tngok prestasi sendiri and semua nilai tu kita berhak tau. Kalau tak perform kne buat PIP n majikan kene terangakn jugak pasal PIP tu n monitor closely. Ni dngn ape ape takdek tetibe cakap diberhentikan sbb tak perform pastu tetibe nk putar belitkn keadaan. Last last ngamuk konon nk selamatkn diri. Ape eh yg perlu di buat dlm keadaan gini? Tolong bg suggestions n tolong la viralkan wahai netizen. FYI : recording ni perlu di buat sbb sungguh suspicious. #fyp #ditindasbangsasendiri #fyppppppppppppppppppppppp #jabatantenagakerja #CapCut #biadap #fy #fypage #malaysiatiktok #viral #viraltiktok #viraltiktokmalaysia

♬ original sound – GipsyMagi – GipsyMagi

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Geram Dengan Staf HR, Mahu Pekerja Ambil Tindakan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 763,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mempersoal tindakan staf HR terbabit.

Malah, ada yang berpendapat staf HR itu membalas reaksi sedemikian kerana dia tahu itu adalah salahnya sendiri.

Pada masa yang sama, ada yang menyuarakan pendapat sendiri bagaimana sepatutnya staf bahagian HR harus bertindak.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Kalau Orang Tu Cakap Kuat Dengan Nada Tinggi, Maksudnya Dia Takda Point & Dia Tahu Dia Salah, Tapi Dia Nak Nampak Bijak”

image is not available

“Kenapa HR Dia Tantrum”

image is not available

“Tergagap Dia Bila Staf Minta PIP, Mesti Dia Terkejut Staf Tahu PIP Tu Apa”

image is not available

“Tak Layak Jadi HR Sebab Terlalu Emosi, HR Sepatutnya Neutral Antara Bos Dengan Pekerja”

image is not available

“Kenapa Nak Kena Tengking Ye?”

image is not available

Source: