
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sudah menjadi satu budaya, ramai di kalangan bakal graduan kini yang akan mengambil gambar pra konvokesyen bersama rakan seperjuangan ketika zaman belajar ataupun dengan rakan sekelas mereka.
Selain segulung ijazah yang bakal diterima, koleksi foto-foto itu juga boleh dijadikan sebagai kenangan pada masa akan datang.
Bukan setakat di studio gambar biasa, tetapi sebenarnya banyak tempat outdoor yang unik dan cantik sudah dijadikan port pre-convo buat para mahasiswa dan juga mahasiswi. Sebagai contoh ada yang bergambar di puncak Genting Highlands, pantai, stesen minyak dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Semangat Setiakawan” – Mahasiswa Pilih Hospital Jadi Lokasi Photoshoot Konvo
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Naik Flying Fox Pakai Jubah Bak Harry Potter, Aksi Lelaki Ini Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Hormati Jubah Konvokesyen” – Naib Canselor UiTM Tegur Graduan Jaga Tertib Pakaian Istiadat
Sekumpulan Pelajar Ambil Gambar Pre-convo Di Tengah Jalan Bukit Bintang
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ibnujuharii) apabila seorang penunggang motosikal berkongsi situasi semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat di tengah-tengah bandar, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menerusi video perkongsian, kelihatan sekumpulan pelajar universiti sedang mengambil foto pra konvokesyen mereka bersama seorang jurugambar di lintasan zebra (zebra crossing) ikonik jalan raya berkenaan ketika lampu isyarat bertukar merah.
Bakal-bakal graduan itu dilihat sedang duduk dalam satu barisan panjang sambil berposing ke arah kamera.
Dalam hantaran sama, kedengaran juga kebanyakan penunggang motosikal yang menyaksikan sesi penggambaran itu membunyikan hon masing-masing dikatakan untuk memeriahkan lagi suasana.
Selepas dihon dengan lama, pelajar-pelajar terbabit dengan pantas bangun dan beredar ke tepi jalan.
@ibnujuharii Model katanya #malaysiacore2025 #malaysiacore #fyp #fypviralシ #4u ♬ QKThr – Aphex Twin
Tonton video penuh [DI SINI].
Jurugambar Dakwa Ramai Pelajar Universiti Lain Ambil Gambar Pre-Convo Di Tempat Sama
Menurut jurugambar itu, dia sudah pun meneliti keadaan jalan raya terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengambil gambar di tengah jalan.
“Jurugambar bertopi kuning hadir, jangan gaduh-gaduh semua. Segala-galanya dah diatur dengan rapi untuk setiap sesi penggambaran.
“Budak-budak motor tu saja je bunyikan hon masa saya tengah ambil gambar, sampai ganggu lalu lintas pun ada. Saya jurugambar profesional, jangan risau semua. Bagi la peluang pelajar-pelajar ni pre-konvo cara mereka.
“Sebab yang ambil gambar tu saya. Jalan situ saya dah study dulu berapa lama dia akan tukar ke hijau. Jadi sempat la ambil gambar berkeping-keping. Sebelum kami sampai banyak lagi pelajar dari universiti lain ambil gambar dari situ,” kata jurugambar tersebut.


Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas video ini menerima jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta kali setakat artikel ini ditulis (11 November).
Ramai Tak Setuju Geng Motosikal Bunyikan Hon Untuk Mengusik Pelajar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat memberi pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Sesetengah individu tidak bersetuju dengan aksi geng motosikal yang bertindak membunyikan hon mereka.
“Kenapa semua marah? Dia ambil gambar masa lampu merah kan? Bukannya dia tahan kereta untuk dia bergambar kan? Tak faham,” kata seorang wanita.
Malah ada juga yang berkata tiada masalah untuk pelajar-pelajar itu mengambil gambar di sana memandangkan lampu isyarat berwarna merah.
“Aik semua lampu merah. Yang kecoh kenapa?” tanya seorang lelaki.
Jalan Raya Masih Berbahaya Walaupun Ketika Lampu Isyarat Merah
Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan aksi pelajar yang mengambil gambar di tengah jalan.
“Gambar jalanan okay tapi duduk tengah jalan? Walaupun lampu merah pun, malang tidak berbau. Tolong ada common sense. Kalau sambil berjalan mungkin okay lagi,” kata seorang pengguna TikTok.
“Memang lampu merah tapi jalan raya weh, faham-faham je la. Tak semua ikut peraturan. Tak jadi apa-apa tu alhamdulillah. Kalau ada pemandu mabuk dekat situ kan dah jadi satu hal,” jelas seorang warganet.
Ada yang berkata penunggang motosikal membunyikan hon untuk memberi peringatan bahawa lampu merah akan bertukar hijau tidak lama lagi.
“Saya dekat situ kak. Yang hon tu orang depan saya sebab lampu merah nak bertukar hijau lagi beberapa saat. Tu nak bagi peringatan awal,” tambah seorang individu.











Baca Artikel Berkaitan: “Effort A+” – Keluarga Sambut Graduan Dengan ‘Banner’ & Persembahan Gendang Buat Ramai Teruja
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Jubah Graduasi USM Tarik Perhatian Ramai, Boleh OOTD Dengan Design Minimalis!

