Pelajar tahfiz melaungkan azan bantu operasi SAR mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat

3 Sep 2026 • 12:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar tahfiz melaungkan azan bantu operasi SAR mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat

KOTA TINGGI: Seramai tujuh pelajar tahfiz dari Madrasatul Quran Ar-Redha, Taman Desaru Utama mengambil inisiatif untuk terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa lemas yang belum ditemui di Pantai Tanjung Lompat, di sini hari ini.

Mudir, Ustaz Muhammad Redza Imran Abdullah berkata, pihaknya mengambil inisiatif sendiri untuk membantu usaha pencarian mangsa lemas yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

Menurut beliau, pihaknya juga telah mendapat kebenaran ahli keluarga mangsa-mangsa terlibat.

“Semua tujuh pelajar tahfiz ini sudah khatam 30 juzuk Al-Quran. Mereka berusia antara 11 hingga 17 tahun.

“Selepas mendapat tahu tentang kejadian ini, kami ambil inisiatif sendiri untuk datang. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai satu ikhtiar agar mangsa ditemukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Tambah Muhammad Redza Imran, selain melaungkan azan, pihaknya turut mengadakan solat hajat serta doa selamat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri pula berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengadakan sebarang aktiviti pantai khususnya berenang di kawasan berkenaan susulan ombak laut yang deras.

“Kejadian ini perlu dijadikan peringatan kepada semua pihak yang mahu melakukan aktiviti pantai. Keadaan ombak dan angin yang kuat boleh berubah dengan pantas.

“Kawasan pantai ini tidak dibuka kepada orang awam sebaliknya lebih khusus kepada aktiviti menangkap ikan di laut,” katanya sambil berharap papan tanda amaran akan dipasang di kawasan pantai berkenaan.-UTUSAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved