Pelajar Tingkatan 2 cedera dicucuk kerambit rakan sekelas

11 Aug 2026 • 12:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar Tingkatan 2 cedera dicucuk kerambit rakan sekelas
Suspek telah diberikan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan - Gambar kecil (Sarudin)

SHAH ALAM - Seorang pelajar tingkatan dua cedera di lengan dipercayai dicucuk menggunakan senjata kerambit oleh rakan sekelas di sebuah sekolah di sini 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, mangsa berusia 14 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian pada jam 11.42 pagi.

“Kejadian melibatkan suspek seorang pelajar perempuan manakala mangsa adalah lelaki yang kedua-duanya adalah rakan sekelas.

“Tangkapan juga telah dilakukan terhadap suspek yang kurang sihat dan telah diberi jaminan polis," katanya pada Selasa.

Tambahnya, senjata tajam yang digunakan suspek ialah kerambit sepanjang 10 sentimeter.

Jelasnya, tiada tujuan dan motif kejadian dan kes masih dalam siasatan.

"Suspek telah diberikan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Terdahulu, tular hantaran Thread dakwaan memaklumkan berlakunya kes tikaman melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di sekitar Shah Alam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved