Pelajar tikam rakan sekelas dengan kerambit

11 Aug 2026 • 12:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Pelajar ditikam dengan kerambit

SHAH ALAM: Seorang pelajar lelaki berdepan detik cemas apabila ditikam dengan sebilah kerambit oleh rakan perempuan sekelasnya dekat sebuah sekolah menengah di bandar raya ini, pada Rabu lalu.

Kejadian yang menggemparkan sekolah berkenaan berlaku kira-kira pukul 11.42 pagi itu melibatkan pelajar tingkatan dua.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, bagaimanapun mangsa dilaporkan stabil dan mengalami kecederaan ringan pada bahagian lengan.

“Kejadian melibatkan pelajar berusia 14 tahun. Dapatan awal polis mendapati ketika kejadian suspek kurang sihat, kemudian cuba menikam rakanya dengan menggunakan kerambit dan terkena bahagian lengan.

“Bagaimanapun suspek sudah ditangkap, namun dibebaskan dengan jaminan polis. Sementara mangsa pula tidak ditahan wad,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, insiden tikam melibatkan pelajar sekolah itu merupakan kes yang ketiga dilaporkan di negeri ini dalam tempoh dua tahun.

Kes pertama membabitkan seorang pelajar perempuan yang maut ditikam dekat sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Oktober tahun lalu.

Kes kedua pula melibatkan pelajar tingkatan tiga yang menghidapi autisme didakwa menikam rakan sekelasnya dekat sebuah sekolah menengah di Banting, Kuala Langat pada Jun lalu. – UTUSAN

The post Pelajar tikam rakan sekelas dengan kerambit appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved