Pelajar Tingkatan 2 Hamil, Terbongkar Rupanya Kerana Dirogol Sepupu Ketika ‘Family Day’

30 Jul 2024 • 10:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pembantu butik pengantin didakwa merogol sepupunya yang masih di bawah umur pada bulan lepas sehingga menyebabkan mangsa hamil.

Lelaki berusia 21 tahun itu didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

image is not available

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut kepada sepupunya berusia 14 tahun di rumah mangsa di Kluang, Johor pada jam 9.30 malam.

 

Rogol ketika Family Day

Perbuatannya terbongkar apabila mangsa mendapatkan rawatan di klinik selepas mengadu sakit perut.

Selepas dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mangsa disahkan hamil dan apabila soal siasat dijalankan, mangsa berkata dia telah diperkosa ketika Hari Keluarga di Mersing, Disember lalu.

Mangsa turut mendedahkan bahawa tertuduh turut melakukan amang seksual terhadapnya, enam bulan selepas kejadian rogol ketika bertandang ke rumahnya.

image is not available

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Olimpik 2024: Pernah Dipenjara Kes Rogol Kanak-Kanak, Atlet Bola Tampar Belanda Kena ‘Boo’ Dengan Penonton