Pelajar tingkatan 4 maut dalam kemalangan 3 motosikal

6 Oct 2026 • 9:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar tingkatan 4 maut dalam kemalangan 3 motosikal

KUALA NERUS – Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal maut manakala tiga lain termasuk adik perempuannya berusia 12 tahun cedera dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di Jalan Sungai Buaya, Kampung Batin, Seberang Takir, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 5.10 petang itu, mangsa, Ahmad Areesy Zafreen Ahmad Azhar, 16, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, sewaktu kejadian, dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan ke Seberang Takir dari Kampung Batin, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki mereka dikatakan cuba memotong kenderaan lain sebelum bergesel dengan sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang berada di laluan bertentangan.

“Motosikal Honda EX5 itu pula dilanggar motosikal Honda NSC ditunggang seorang suri rumah berusia 57 tahun yang berada di laluan sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azli berkata, mayat Ahmad Areesy Zafreen telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, adik mangsa dan penunggang motosikal Honda EX5 yang cedera pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.

“Seorang lagi mangsa yang menunggang motosikal Honda NSC pula dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), di sini, untuk menerima rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar tingkatan 4 maut dalam kemalangan 3 motosikal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved