Pelajar Tingkatan Dua rebah sebelum meninggal dunia ketika latihan ragbi

24 Jun 2026 • 11:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar Tingkatan Dua rebah sebelum meninggal dunia ketika latihan ragbi
Keluarga mangsa memenuhi Jabatan Forensik Hospital Melaka pada Rabu.

MELAKA - Seorang pelajar Tingkatan Dua dilaporkan rebah sebelum meninggal dunia ketika mengikuti latihan ragbi di sebuah sekolah di Telok Mas pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, remaja lelaki berusia 14 tahun berkenaan dikatakan baharu sahaja menjalani latihan selama 15 minit sebelum mengalami sesak nafas ketika mendengar taklimat yang disampaikan jurulatih selepas sesi rehat.

Datuk saudara mangsa, Yahya Endut, 64 berkata, beliau terkejut dengan kejadian yang menimpa anak saudaranya itu yang dipeliharanya sejak kecil.

“Saya difahamkan ketika mangsa sedang duduk, dia tiba-tiba rebah dan mengalami kesukaran bernafas.

“Sebaik menerima maklumat, kami sekeluarga terus ke sekolah. Kami memang terkejut kerana dia tidak pernah menghidap sebarang penyakit,” katanya pada Rabu.

Katanya, mangsa yang tinggal di asrama juga tidak pernah berkongsi sebarang masalah kesihatan atau perkara lain sepanjang berada di sana.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan mangsa rebah semasa taklimat selepas latihan ragbi sebelum disahkan meninggal dunia.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas turut mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden itu.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved