Curi kabel punca lelaki maut bawah tiang elektrik

4 Oct 2026 • 4:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Curi kabel punca lelaki maut bawah tiang elektrik

KLANG – Cubaan mencuri kabel dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik sebelum mayatnya ditemukan di bawah tiang elektrik di Jalan Akob, Kampung Kapar, di sini, pagi tadi.

Perkara itu terbongkar menerusi penemuan peralatan memotong kabel selain kedudukan mangsa dan tangannya masih melekat di kabel dalam kejadian pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada orang awam yang menemukan satu mayat sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berusia 40-an dipercayai telah terkena renjatan elektrik semasa melakukan jenayah curi kabel.

“Ini berdasarkan kedudukan mangsa dan tangannya masih melekat di kabel.

“Turut dijumpai peralatan memotong kabel bersama mangga dan juga motorsikal yang digunakan mangsa dijumpa dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, , pengecaman mangsa telah dibuat oleh waris keluarga dan lelaki berkenaan merupakan seorang warga tempatan berasal dari Kapar di sini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam untuk bedah siasat yang dijadualkan esok

“Kes disiasat sebagai mati mengejut. Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Mejar Azhar ditalian 012-349 5921 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! mayat seorang lelaki ditemukan di bawah tiang elektrik di Jalan Akob, Kampung Kapar, di sini pagi tadi.

Penemuan mayat yang belum diketahui identitinya itu dilaporkan kepada pihak berkuasa sebelum pasukan bomba tiba di lokasi untuk khidmat mengambil mayat. – KOSMO! ONLINE

The post Curi kabel punca lelaki maut bawah tiang elektrik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved