Pelajar undang-undang didenda RM500 jadi ‘akaun keldai’

14 Aug 2026 • 6:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar undang-undang didenda RM500 jadi ‘akaun keldai’

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar undang-undang sebuah kolej swasta didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membenarkan akaun bank miliknya digunakan sebagai akaun keldai bagi transaksi haram.

Hakim Madihah Zainol turut memerintahkan Nicole Soo Lik Yee, 22, dipenjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara tidak jujur mengalihkan wang berjumlah RM525 milik seorang lelaki berusia 32 tahun ke akaun banknya di Jalan Idaman 8/10, Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri pada pukul 4.31 petang, 13 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shamira Mohd. Luthfi Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Bharathi yang memohon hukuman ringan kerana anak guamnya masih belajar dan ditanggung datuknya selepas ibu bapanya berpisah. – UTUSAN

The post Pelajar undang-undang didenda RM500 jadi ‘akaun keldai’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved