Remaja sewakan kad ATM didenda RM10,000: Akaun bank digunakan untuk transaksi haram

LocalBusiness & Finance
1 Aug 2026 • 3:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Remaja sewakan kad ATM didenda RM10,000: Akaun bank digunakan untuk transaksi haram

Kota Kinabalu: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didenda RM10,000 atau penjara tiga tahun kerana secara tidak langsung terbabit dalam transaksi haram membabitkan wang berjumlah RM28,000 menggunakan akaun bank miliknya.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Vianney Christy Enjon selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan pada Jumaat.

Vianney didakwa melakukan transaksi debit yang menyalahi undang-undang menggunakan akaun bank miliknya di Kampung Kinapulidan, Ranau pada 27 Feb tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun atau denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM150,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa ketika pengadu berada di sebuah sekolah pada 26 Feb lalu, dia menerima panggilan daripada seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Puan Aira Abdul Halim dan mendakwa pengadu mempunyai tunggakan bil elektrik di Kuantan, Pahang.

Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang memperkenalkan dirinya sebagai “Sarjan Fariz IPK Pahang”, yang menuduh pengadu terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram sebelum mengarahkannya membuat pembayaran.

Pada 27 Feb, pengadu memindahkan wang berjumlah RM28,000 ke dalam akaun bank atas nama Vianney Christy Enjon.

Pengadu kemudian menyedari dirinya ditipu sebelum segera membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Siasatan mendapati Vianney ialah pemilik akaun bank berkenaan.

Tertuduh turut mengaku menyerahkan kad ATM miliknya kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Leong Khai dan menerima bayaran RM150 sebagai upah menyewakan kad ATM tersebut.

Vianney juga gagal mengambil tindakan menyekat atau menutup akaun banknya walaupun mengetahui butiran akaun itu telah diberikan kepada pihak luar dan berpotensi disalahgunakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved