Pelajar ‘upgrade’ cara dapat duit raya, tunjuk kad pelajar bukti masih layak

23 Mar 2026 • 5:39 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Gelagat pelajar yang menggunakan kad pelajar sebagai strategi untuk mendapatkan duit raya mencuit perhatian netizen sepanjang Aidilfitri.

Menerusi satu video tular yang dikongsikan oleh @yommmmmmmmmmmm, dua pelajar dilihat mempamerkan kad pelajar sambil berharap menerima duit raya daripada ahli keluarga. 

“Saya seorang pelajar. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Doakan agar adik berjaya dunia dan  akhirat,” katanya.

Begitu juga dengan seorang lagi pelajar secara jujur berkongsi tentang keperluannya. 

Katanya, dia menetap jauh di Kedah dan tiada keluarga di sana, justeru berharap dapat menerima duit raya daripada ahli keluarganya. 

@yommmmmmmmmmmm

Gelagat raya pertama. Itu baru sikit. Ramai idris clan tak ter record.#raya2026

♬ original sound – Alisha Nur – Alisha Nur

Rata-rata netizen di ruangan komen terhibur melihat idea pelajar-pelajar itu. 

“Macam inilah cara minta duit raya, tahun depan saya pun nak bawa kad matrik juga,” kata seorang pengguna.

Kejadian ini sekali lagi menunjukkan kreativiti pelajar dalam menyambut Aidilfitri, sambil mengekalkan semangat tradisi memberi duit raya. -MYBERITA