“Pelakon Budak Tebing Rupanya” – Kes Dah Selesai, Wanita Viral Isu Potong Barisan ‘Kepala Hotak Kau’ Dedah Tiada Video Dari Pihak Mereka

LocalEntertainment
4 Sep 2026 • 9:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kisah wanita yang tular selepas memaki seorang individu kerana didakwa memotong barisan kini dilaporkan sudah menemui jalan penyelesaian.

Terbaharu, wanita berkenaan memaklumkan dia dan teman lelakinya memilih untuk berundur selepas isu tersebut selesai, selain berkongsi beberapa gambar berkaitan kejadian berkenaan menerusi Threads.

Advertisement

Menurutnya, pihaknya tidak mempunyai rakaman video daripada pihak satu lagi dan hanya gambar yang ada untuk dikongsikan.

budak tebing

Selesai, ini saja gambar dari pihak sana takde video yang direcord dari pihak dorang. Saya dan bf saya undur diri..

Bagaimanapun, dalam perkongsian sama, wanita tersebut sempat berseloroh mengenai ekspresi pelakon yang didakwa terlibat dalam kejadian berkenaan.

Tapi macam lucu pulak mukak si Fariz ni rasanya ni part tengah cakap “kepala bapak kau”,” tulisnya.

Rupanya Individu Dalam Video Pelakon Budak Tebing

Sebelum ini, isu berkenaan mencuri perhatian selepas video seorang wanita memaki individu lain kerana didakwa memotong barisan tular di media sosial.

Perkembangan itu kemudian menjadi lebih menarik apabila netizen mendakwa individu yang terlibat dalam pertengkaran tersebut mempunyai kaitan dengan pelakon drama Budak Tebing.

Dalam perkongsian terbaharu, wanita berkenaan turut memuat naik gambar lelaki terbabit serta beberapa tangkap layar perbualan selepas kejadian.

yo

Seorang pengguna Threads yang mendakwa berada di Jabatan Peguam ketika kejadian turut meninggalkan komen dan menyatakan dirinya agak terkilan selepas mengetahui berlaku insiden rempuhan dan pencetusnya didakwa berpunca daripada hasutan.

Wanita berkenaan kemudian menjawab ringkas agar tindakan sewajarnya diambil terhadap individu tersebut.

Perkongsian terbaharu itu sekali lagi mengundang perhatian warganet, terutama selepas wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia dan teman lelakinya memilih untuk berundur dan menganggap isu tersebut telah selesai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sds2026-09-03 11:21:32

"Jijik La Nab Oi" - Tayang Payudara, Pempengaruh Lelaki Ini Tuai Kecaman, Netizen Gesa MCMC, Jabatan Agama Ambil Tindakan

The post “Pelakon Budak Tebing Rupanya” – Kes Dah Selesai, Wanita Viral Isu Potong Barisan ‘Kepala Hotak Kau’ Dedah Tiada Video Dari Pihak Mereka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved