“Benda Yang Salah Tetap Salah” – Farahdhiya Terkejut Drama Madu Atau Racun Tayang Babak Sensitif

LocalEntertainment
4 Sep 2026 • 2:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Farahdhiya mengakui terkejut selepas mengetahui mengenai beberapa babak sensitif dalam drama bersiri Madu Atau Racun yang sedang menjadi perhatian ramai.

Farahdhiya atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd Amin, 42, berkata dia sendiri tidak menonton drama berkenaan dan hanya mengetahui mengenai isu tersebut selepas ia tular di media sosial.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurutnya, dia berasa terkejut serta malu selepas melihat beberapa adegan yang dikongsikan orang ramai, malah mempersoalkan bagaimana babak terbabit boleh mendapat kelulusan untuk ditayangkan kepada umum.

“Pertama sekali, saya tak pernah menonton drama tersebut dan hanya mengetahui cerita dalam media sosial selepas viral.

“Saya sendiri terkejut dan malu tengok adegan-adegan tersebut. Sejujurnya tertanya-tanya bagaimana babak-babak tersebut lulus tayangan,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam pada itu, Farahdhiya berpendapat orang ramai tidak seharusnya mempertahankan sesuatu perkara yang pada pandangannya jelas tidak wajar untuk dipertontonkan.

View this post on Instagram

“Kita tak perlu tegakkan benang yang basah.

“Benda yang salah tetap salah, pusinglah macam mana sekali pun.

“Cuma belajarlah daripada kesilapan. Ini adalah pandangan saya,” ujarnya.

Terdahulu, Madu Atau Racun mencetuskan kontroversi selepas beberapa klip daripada drama berkenaan tular di media sosial dan menerima kecaman warganet.

Drama arahan Eyra Rahman itu dikatakan mencetuskan perdebatan susulan babak membabitkan perlakuan hubungan sejenis yang dilakonkan Elisya Sandha dan Uqasha Senrose.

Kontroversi tersebut turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Benda Yang Salah Tetap Salah” – Farahdhiya Terkejut Drama Madu Atau Racun Tayang Babak Sensitif2026-09-04 11:25:11

"Hang Mungkin Tak Ingat, Tapi Aku Ingat Lagi" - Fiza Sabjahan Puji Fedtri Yaya, Tak Kedekut Ilmu Mengacara

 

The post “Benda Yang Salah Tetap Salah” – Farahdhiya Terkejut Drama Madu Atau Racun Tayang Babak Sensitif first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved