Pelakon Maria Menado meninggal dunia pada usia 94 tahun

LocalEntertainment
30 Apr 2026 • 3:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Pelakon Maria Menado meninggal dunia pada usia 94 tahun

PELAKON Datuk Seri Maria Menado atau nama penuhnya Maria Binti Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara kira-kira jam 12.25 tengah hari .

Menurut Setiausaha Seniman, Hafiz Nafiah bintang filem Melayu itu pergi selamanya pada usia 94 tahun.

"Arwah Datuk Seri Maria Menado meninggal dunia akibat sakit tua dan arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga terdekat. 

"Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada jam 4 petang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Asar," titipnya menerusi kenyataan.

Sementara itu, memetik Awani, menantu Allahyarham iaitu Sairul Amar Ayob, ibu mentuanya dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 April lalu.

"Allahyarham Datuk Seri Maria Menado menghembuskan nafas terakhir dengan tenang," kata Sairul.

Maria merupakan bintang dunia perfileman Melayu antara 1951 dan 1963. Beliau terdahulu berhijrah ke Singapura memeluk Islam ketika berusia 19 tahun dan berkahwin dengan promoter tinju serta penulis skrip, A Razak Sheikh Ahmad.

Sepanjang karier sebagai pelakon, beliau pernah memenangi dua anugerah di Festival Filem Malaysia pada tahun 1957 dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Pontianak dan sekali lagi memenangi Pelakon Pembantu Terbaik dalam filem Penghidupan pada tahun 1952. 

Allahyarham membintangi lebih 20 filem  iaitu antaranya Penghidupan, Dendam Pontianak, Sumpah Pontianak dan Siti Zubaidah.

Maria juga merupakan penerbit filem wanita Melayu yang pertama.