“Dia Macam Tuli, Tak Ada Empati…” – Abby Abadi Anggap Luahan Hati Memberikan Hasil, Anak-Anak Dilayan Sama Adil

EntertainmentLifestyle
1 Oct 2026 • 5:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Abby Abadi menegaskan tindakannya menggunakan media sosial sebagai medium untuk menyuarakan polemik yang berlaku dalam rumah tangga, terutama melibatkan anak-anak hasil pernikahan bersama bekas suami, Norman Hakim, bukan bertujuan untuk membuka aib sesiapa.

Sebaliknya, Abby menyifatkan tindakannya itu sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapinya, termasuk berkaitan isu nafkah serta kebajikan anak-anak.

Advertisement
View this post on Instagram

Meskipun sedar tindakannya bersuara secara terbuka mungkin memberikan imej kurang baik terhadap dirinya, Abby percaya ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap situasi yang sedang dihadapinya.

“Saya rasa apa yang saya buat ni sedikit sebanyak memberi impak juga walaupun dia macam buat tak tahu, dia macam tuli, dia macam macam tak ada empati kan tapi saya rasa macam benda itu sedikit sebanyak memberi kesan.

“Saya buat ini dan usaha supaya anak-anak saya dilayan sama adil. Itu saja permulaannya dan saya nampak hasilnya, saya nampak,” kata Abby.

Abby berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Elegant Selamanya yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Oktober ini.

“Saya berkongsi berpada-pada saja”

Menurut Abby, apa yang diluahkannya menerusi media sosial sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada kemelut yang didakwa telah dilaluinya sejak bercerai pada tahun 2008.

Katanya, masih banyak perkara yang tidak diketahui umum dan isu berkaitan anak-anak juga baru mula disuarakannya secara terbuka kebelakangan ini.

“Saya tidak luahkan banyak pun. Saya berkongsi berpada-pada saja. Saya rasa macam ada banyak benda yang orang tak tahu pun. Yang fasal anak pun baru ni je saya cakap, tapi start daripada Marissa hari tulah. Sebab saya rasa macam saya tak ada orang nak back up untuk saya selamatkan anak,” ujarnya lagi.

Akui kesilapan tidak tegas mendidik anak

Dalam pada itu, Abby turut mengakui antara kesilapan yang dilakukannya sebagai seorang ibu adalah tidak cukup tegas ketika mendidik anak-anak.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan anak-anak mempunyai dua “channel” atau saluran apabila berdepan sesuatu perkara, iaitu memilih untuk berada bersama pihak satu lagi sekiranya tidak bersetuju dengannya.

“Kesilapan saya adalah tidak tegas mendidik anak. Jadi mereka kini punya dua saluran iaitu kalau tidak bersama saya, akan pergi kepada pihak satu lagi.

“Saya kata kesilapan saya sebab anak ada dua channel tau. Tak kena dengan saya dia lari sana, tak kena dengan saya dia lari sana. Macam tulah.

“Mereka orang pergi sana sebab di sana tak ada orang marah. Kat sana tak ada orang macam saya. Memang kita kena jaga anak-anak kita kan?

“Kalau ada buat salah, kalau ada pergi keluar pergi mana balik lambat balik malam, kita marahlah. Mak, mak tapi tak ada berlebih-lebihan pun,” jelasnya lagi.

Akan terus perjuangkan hak anak-anak

Ditanya sama ada dia akan terus menggunakan media sosial untuk bersuara mengenai hak-hak yang didakwa terabai, Abby berkata dia tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, dia menegaskan akan terus menjalankan tanggungjawab untuk mendapatkan hak anak-anaknya dengan sebaik mungkin, termasuk berkaitan tuntutan nafkah yang menurutnya masih tertunda.

Abby juga mengakui tidak terlalu memikirkan sekiranya ada pihak yang membenci atau mengkritiknya kerana terlalu lantang bersuara di media sosial.

Menurutnya, isu yang dihadapinya bukan sesuatu yang hanya berlaku kepada dirinya, sebaliknya turut dialami oleh ramai ibu lain.

“Masalah saya ini masalah global”

Abby berkata dia menerima banyak mesej daripada individu lain yang turut berkongsi pengalaman berdepan masalah dalam hubungan bersama anak-anak masing-masing.

“Tak apa dalam pada ramai orang berkata yang tak baik ada saja orang yang kata baik. Ada saja orang yang bersama saya sebab saya rasa benda masalah saya ini masalah global. Ibu-ibu lain pun lagi teruk pada saya.

“Banyak yang mesej saya, saya lagi teruk, anak begitu, anak begini, anak lepas kahwin sisihkan saya, anak lepas kahwin buang saya terus, macam-macam. Maknanya benda-benda ni masalah global,” kata Abby lagi.

Terdahulu, Abby menjadi perbualan hangat selepas meluahkan perasaannya sempena ulang tahun ke-18 anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, baru-baru ini.

Perkongsian tersebut sekali lagi mencetuskan perhatian ramai terhadap kemelut keluarga yang melibatkan Abby serta anak-anaknya bersama bekas suami, Norman Hakim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Dia Macam Tuli, Tak Ada Empati…” – Abby Abadi Anggap Luahan Hati Memberikan Hasil, Anak-Anak Dilayan Sama Adil2026-09-28 10:49:16

"Saya Tidak Takut.." - Maria Danisha Kongsi Foto Adik-Beradik, Netizen Titip Kata Semangat

The post “Dia Macam Tuli, Tak Ada Empati…” – Abby Abadi Anggap Luahan Hati Memberikan Hasil, Anak-Anak Dilayan Sama Adil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved