Pelakon & Pempengaruh, Syazlin Zainal Dipercayai Maut Terjatuh Dari Tingkat 22 Pangsapuri

Local
11 Nov 2022 • 3:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Industri hiburan tanah air semalam telah dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon dan influencer media sosial, Syazlin Zainal.

Walau bagaimanapun, punca kematian arwah tidak didedahkan dan info yang diketahui hanyalah tempat di mana Syazlin meninggal iaitu di Johor Bahru.

Terkini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan bahawa pelakon tersebut ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 pangsapuri di kawasan Taman Iskandar.

Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pelakon sambilan.”

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, Raub Selamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam tentang penemuan mayat seorang wanita di bawah pangsapuri dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.50 tengah hari semalam.

Hasil siasatan awal mendapati, sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.”

Tambahnya lagi, siasatan awal pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, beliau turut meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

image is not available 1 minggu lalu

Baru Dua Bulan Mendirikan Rumah Tangga, Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

View Original Article