Pelakon pertahan kadar bayaran dilabel bermasalah, Nazim Othman dedah sisi gelap industri seni

2 Apr 2024 • 4:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktor Nazim Othman dedah sisi gelap industri seni tempatan yang mana ramai pelakon yang terpaksa melakukan banyak pengorbanan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nazim berkata kebanyakan kontrak untuk pelakon dan kru produksi berat sebelah dan hanya menguntungkan pihak produksi sahaja.

Nazim Othman dedah sisi gelap industri seni

“Di Malaysia, kebanyakan kontrak untuk pelakon dan kru produksi berat sebelah dan menangkan pihak produser sahaja.

“Tanya kadar bayaran para pelakon dan kru tapi akan buat apa saja untuk minta diskaun sepanjang masa,” katanya.

Pelakon berusia 40 tahun itu berkata demikian ketika membandingkan industri perfileman antara Malaysia dan Korea Selatan yang rata-rata mengambil pelakon yang mempunyai kadar yang tinggi.

Dalam pada itu, Nazim juga berkata pihak produksi akan melabel mana-mana pelakon yang mempertahankan kadar bayaran mereka sebagai bermasalah.

image is not available

“Sesetengah pihak produksi akan melabel para pelakon yang mahu mempertahankan kadar bayaran mereka sebagai pelakon-pelakon bermasalah atau demanding.

“Sebagai pencerahan, bayaran untuk para pelakon dan kru di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara-negara serantau. Tidak semewah sangkaan masyarakat tempatan,” ujarnya.

Pada masa yang sama, aktor itu turut mendedahkan selalunya pelakon akan menyediakan pakaian sendiri mengikut kesesuaian karakter yang mereka bawa.

“Selalunya, para pelakon wajib menyediakan pakaian sendiri mengikut kesesuaian karakter lakonan.

“Barangan ‘prop’ juga mengharapkan milik pelakon sendiri adalah ‘normal’. Tiada bayaran tambahan untuk ini.

“Produksi juga janga untuk para pelakon dan kru bagi tenaga 100% tapi kebanyakan produksi tidak,” kongsinya.

Nazim Othman dedah sisi gelap industri seni

image is not available

Sementara itu, pelakon drama Wanita Syurga itu juga berkata pelakon dan kru tidak akan menerima sebaran bayaran royalti walaupun hasil kerja mereka dijual ke pelbagai platform.

“Seandainya pelakon atau kru lewat ke lokasi akan dijadikan bahan sensasi berita tapi sekiranya mereka lewat melunaskan bayaran semua orang kena tabah dan redha.

“Bayaran setelah diskaun untuk setiap pelakon dan kru untuk setiap projek adalah secara ‘one off’. Sekiranya drama dijual ke platform lain setelah tayangan di TV, tiada royalti untuk pelakon dan kru,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang terkejut dengan pendedahan daripada aktor tersebut kerana beranggapan kehidupan sebagai pelakon itu mewah.

Ingatkan semua indah-indah…

image is not available

Patutlah dulu pakaian tak lawa

image is not available

Patutlah ada rambut palsu yang kejung

image is not available

Nabila Huda pernah cakap duit habis beli baju berlakon

image is not available

Patut Nazim pernah borong kemeja dulu

image is not available

Nazim Othman dedah sisi gelap industri seni, sadis…

image is not available

Mungkin sebab ni ramai artis berlakon di Indonesia

image is not available

Terdahulu, Nazim pernah menyuarakan hasrat untuk bersara dari dunia lakonan namun tidak memberikan sebab atau tarikh pengunduran dirinya.

Sumber: Instagram Nazim Othman