Pelakon Song Jae-rim Ditemui Meninggal Dunia Bersama Surat Wasiat

WorldEntertainment
13 Nov 2024 • 9:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon Song Jae-rim ditemui meninggal dunia pada usia 39 tahun, di apartmennya di Seoul, oleh seorang rakan yang sepatutnya keluar makan tengahari bersama petang semalam.

Menurut laporan allkpop, meskipun sebab kematian masih belum disahkan, polis melaporkan bahawa saksi telah menemui surat wasiat dua muka surat di tempat kejadian, dipercayai ditulis oleh pelakon itu sebelum ditemui tidak bernyawa.

Laporan itu disahkan menerusi kenyataan dari Balai Polis Seongdong.

image is not available

Foto: Instagram @song.jaerim

Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.

Sementara itu, bekas agensinya menyatakan mereka tidak mengetahui tentang keberadaan pelakon berusia 39 tahun itu, selepas kontraknya tamat pada tahun lalu.

Sejak dari itu, mendiang telah bekerja tanpa agensi.

image is not available

Foto: Instagram @song.jaerim

Song Jae-rim pernah membintangi drama popular seperti “The Moon Embracing the Sun” dan “Our Gabsoon”, serta turut dikenali menerusi penampilannya dalam program “We Got Married” bersama Kim So-eun.

Jae Rim juga aktif sebagai pelakon teater, dengan penampilan terakhirnya ialah dalam pementasan The Rose of Versailles, yang baru saja berakhir pada 13 Oktober lalu.

Sumber: allkpop

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved