“Pelakon tak boleh nangis depan kamera” – Janna Nick Bagi Lawak Sarkastik Masa Intro Bella Astillah Di TikTok Awards

Entertainment
12 Aug 2024 • 12:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, Janna Nick diberi tugasan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara untuk TikTok Awards yang diadakan semalam dan dia digandingkan dengan Che Puan Sarimah Ibrahim.

Namun tindakannya yang memberikan kenyataan didakwa ‘sarkastik’ telah menarik perhatian netizen saat dia ingin memperkenalkan penyampai anugerah iaitu Bella Astillah bersama dengan Shaheizy Sam.

Janna Nick memberikan satu bayangan seolah-olah merujuk kepada kontroversi yang mengaitkan Bella Astillah dengan menyentuh isu ‘tangisan di hadapan kamera’.

“Tak boleh menangis depan kamera guys, tak boleh menangis depan kamera pelakon tu, sebab tu dia tak tercalon dalam creator of the year ataupun selebriti of the year, tak apa lah jom kita persilakan pelakon yang boleh menangis depan kamera Bella Astillah dan Shaheizy Sam.”

Biarpun tidak menyatakan pihak terlibat secara terang-terangan, ramai yang dilaporkan faham dengan maksud Janna Nick kerana ianya intro yang ditujukan khas buat Bella Astillah. Malah, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dapat hidu dengan sindiran daripada Janna Nick itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Hurm, min tengok si Shaheizy Sam pun macam tumpang sekaki je join, Bella pun melayan.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.