Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api”

LocalEntertainment
6 Aug 2026 • 11:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan kes fitnah yang mengaitkannya dengan dakwaan berzina dan melakukan sihir terhadap suami orang pada tahun 2023 kini telah dibawa ke mahkamah.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Shakilla berkata, sehingga kini individu yang membuat tuduhan tersebut masih gagal mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Advertisement

jk Image from: Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api” Image from: Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api” Image from: Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api”

Menurut Shakilla, sebelum ini kedua-dua pihak pernah mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu tersebut secara baik.

Bagaimanapun, usaha itu didakwa tidak mencapai kata sepakat apabila pihak berkenaan masih berkeras dengan dakwaan yang dibuat.

Pelakon itu turut menjelaskan bahawa selama ini dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak, namun merasakan keadaan sudah melampaui batas.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mengalu-alukan kehadiran pihak media dan orang ramai untuk mengikuti prosiding perbicaraan kes tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos.

View this post on Instagram

Shakilla juga membidas tindakan beberapa individu yang didakwa cuba mencampuri urusan peribadinya dan menegaskan dia memiliki pelbagai bukti serta maklumat yang boleh menjejaskan imej pihak tertentu jika provokasi terus dilakukan.

Selain itu, dia turut mencabar individu yang didakwa memerli dan mengkritiknya di Threads supaya tampil bersemuka, bukannya bersembunyi di sebalik media sosial.

Di akhir perkongsiannya, Shakilla memberi amaran agar tidak terus mencetuskan provokasi sekiranya tidak mahu berdepan dengan tindakan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api”2026-08-05 19:23:21

Bintang Rock Oo, Cik Man @ Kamarool Yusuf Meninggal Dunia Sebentar Tadi

The post Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved