Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz memilih untuk tidak lagi berkongsi secara terbuka mengenai status kehidupan peribadinya kerana mahu memberi fokus kepada usaha memperbaiki diri.
Menurut Aliff, dia kini berada dalam fasa untuk menjadi insan yang lebih baik dan enggan lagi terperangkap dengan pelbagai spekulasi atau persepsi orang ramai terhadap dirinya.
AdvertisementView this post on Instagram
Saya tidak mengiyakan atau menidakkan (status diri). Bukan apa kalau saya jawab nanti lebih banyak pula isu perbincangan. Jadi saya pilih untuk berkongsi. Saya memilih untuk fokus kepada cerita perjalanan kerjaya saya”
Ketika ditanya mengenai pelbagai kontroversi yang pernah melanda dirinya, Aliff menegaskan dia tidak pernah berniat untuk meraih simpati atau meletakkan diri sebagai mangsa.
Bukan saya ‘play victim’, tidak. Daripada muda sampai sekarang sekarang sekiranya saya tersilap langkah, saya akan mengaku salah.
Saya hanya mencari kekuatan untuk memaafkan diri kerana hidup harus diteruskan. Alhamdulillah tahun ini saya sudah berusia 35 tahun.
Sebaliknya, Aliff berkata setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya dijadikan sebagai pengajaran untuk terus melangkah ke hadapan dan memperbaiki kelemahan diri.
View this post on Instagram
Fokus pada kehidupan dan kerjaya
Dalam masa sama, Aliff memaklumkan dia kini lebih mengutamakan keluarga, kerjaya serta pembangunan diri berbanding memberi perhatian terhadap pandangan negatif orang lain.
Katanya, dia tidak mahu terus dibelenggu kisah silam kerana percaya setiap individu berhak diberi peluang untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Serah soal jodoh kepada takdir
Mengulas mengenai status dirinya, Aliff memilih untuk mengunci mulut dan tidak mahu mengulas lebih lanjut.
Menurutnya, buat masa ini dia hanya mahu menjalani kehidupan dengan tenang serta menyerahkan segala urusan termasuk soal jodoh kepada ketentuan Allah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Sekali Sekala Makan Duit Haram" - Respon Mas Khan Ditegur Hukum Main Forex Undang Kecaman
The post “Saya Tak Menidakkan Atau Mengiyakan Status Saya” – Aliff Aziz Nafi ‘Play Victim’, Cari Kekuatan Memaafkan Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





