Pelakon dan usahawan, Syida Melvin mendedahkan dia kini menetap di kampung bersama tiga orang anaknya selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal di rumah kelamin mereka di Shah Alam.
Menurut Syida atau nama penuhnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, dia dan suaminya, Syafiq Azim, sudah lima bulan tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.
AdvertisementView this post on Instagram
“Hubungan dengan Syafiq, kami sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak raya hari itu, dan sudah lima bulan tidak duduk bersama.”
“Saya dan anak-anak duduk di kampung dan dia duduk di rumah kelamin, rumah itu atas nama saya. Dia tinggal berseorangan di sana.”
Syida Melvin Keluar Dari Rumah Demi Kesihatan Emosi
Syida berkata keputusan meninggalkan rumah kelamin dibuat selepas dia merasakan tindakan itu adalah jalan terbaik untuk menjaga kesejahteraan emosinya.
“Rumah itu rumah kelamin kami, dan bila saya failkan perceraian, adalah beberapa isu yang saya rasa kalau saya tinggal lagi bersama satu bumbung, saya akan mengalami tekanan emosi yang melampau.”
“Sebab itu saya ambil langkah untuk keluar dari rumah tersebut. Tapi apabila dah lama sangat dan sekarang sudah memasuki bulan Ogos, dia masih lagi tak ada rasa nak beralah, nak bagi ruang untuk anak-anak duduk di situ dengan saya, tiada.”
“Jadi sebab itulah saya terpaksa keluar daripada rumah dan adalah beberapa isu terjadi yang masih belum selesai sampai sekarang.”
Anak-Anak Syida Melvin Terpaksa Pindah Sekolah
Dalam masa sama, Syida mengakui situasi tersebut memberi kesan besar terhadap urusan persekolahan dan kehidupan harian anak-anak mereka.
“Tengoklah macam mana selepas ini, sepatutnya saya dan anak-anak duduk di situ sebab mereka bersekolah.”
“Bila jadi begini, saya terpaksa pulang ke kampung sebab tak ada tempat tinggal dan anak-anak pun terpaksa pindah sekolah.”
“Saya apply sekolah di Penang, tapi tak ada sekolah yang nak terima sebab dah nak hujung tahun. Jadi kesianlah dekat anak-anak sebab terpaksa, tiba-tiba tak dapat nak pergi sekolah.”
Syida berharap urusan perceraian mereka dapat diselesaikan dengan baik supaya anak-anak boleh kembali tinggal dan bersekolah seperti biasa di Shah Alam.
“Saya harap selepas selesai jatuh talak, pihak sana dapat fikirlah sikit supaya anak-anak boleh duduk rumah macam biasa balik dan juga bersekolah di Shah Alam seperti biasa.”
“Anak-anak tahu, walaupun mereka baru berusia lima dan enam tahun tapi mereka faham.”
Prosiding Lafaz Cerai Syida Melvin Ditangguhkan
Pada Khamis, peguam syarie yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah memaklumkan prosiding lafaz cerai ditangguhkan ke 12 Ogos kerana plaintif berada dalam keadaan tidak suci.
Syida sebelum ini dilaporkan memfailkan cerai terhadap suaminya pada Disember tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Untuk rekod, Syida dan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tak Jadi Berpisah Kerana 'Tidak Suci', Prosiding Cerai Syida Melvin Ditangguh - "Saya Tak Sangka Ini Semua Berlaku"
The post Syida Melvin Dan Suami Sudah Lima Bulan Tinggal Berasingan, Anak-Anak Terpaksa Pindah Sekolah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![[VIDEO] ‘Dia fikir datang KL jadi gelandangan mudah dapat duit!’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-05-at-11.11.35-AM-1024x905.jpeg)



