Pelaksanaan GEAR-uP masih ikut jadual, pelaburan dijangka meningkat akhir 2026 - Anwar

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 3:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pelaksanaan GEAR-uP masih ikut jadual, pelaburan dijangka meningkat akhir 2026 - Anwar Image from: Pelaksanaan GEAR-uP masih ikut jadual, pelaburan dijangka meningkat akhir 2026 - Anwar sarah27/10/2026 - 15:31

KUALA LUMPUR 27 Okt - Pelaksanaan program GEAR-uP masih mengikut jadual, dengan pelaburan dijangka meningkat pada akhir tahun ini dan tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau berkata, tahun pertama pelaksanaan program itu banyak melibatkan perancangan, kajian dan penelitian, dengan pengalaman lalu mendorong pihak terbabit lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan.

 

"Soal GEAR-uP ini memang benar tetapi kalau ikut dalam perancangan mereka, itu dia pick up untuk akhir tahun ini dan tahun depan. Justeru, saya melihat daripada perkembangan dalam laporan terakhir, nampak masih ikut jadual," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mengenai langkah kerajaan mempercepat penyaluran pelaburan di bawah program itu dan memastikan dana berkenaan tidak disalahgunakan.

 

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan melarang sama sekali campur tangan mana-mana tokoh politik dalam menentukan projek dan keutamaan projek.

 

"Projek itu mesti ditetapkan dan ada badan pelabur yang terdiri daripada golongan profesional dan mempunyai kepakaran tertentu," katanya.

 

Terdahulu, menjawab soalan asal Syahredzan Johan (DAP-Bangi), Anwar berkata syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi komitmen pelaburan langsung domestik sebanyak RM120 bilion bagi tempoh 2024 hingga 2028 berdasarkan keutamaan dan penilaian masing-masing.

 

Beliau berkata, komitmen itu adalah tambahan kepada pelaburan sedia ada sebanyak RM440 bilion dalam pasaran awam domestik.

 

Menurut Perdana Menteri, penglibatan GLIC, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun dalam pembangunan bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi domestik di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

 

Anwar berkata, mandat GLIC dan GLC untuk menjana keuntungan dikekalkan, di samping mengambil kira kepentingan agenda negara, termasuk warisan, Bumiputera dan ekonomi tempatan.- Bernama

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved