Pelan Insurans GoLife U Mobile Akan Ditamatkan Pada 31 Ogos 2026

LocalBusiness & Finance
1 Jul 2026 • 10:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelan Insurans GoLife U Mobile Akan Ditamatkan Pada 31 Ogos 2026

U Mobile memaklumkan bahawa pelan insurans GoLife akan ditamatkan sepenuhnya selepas 31 Ogos 2026. Makluman ini ditemui melalui notifikasi ringkas dalam aplikasi MyUMobile. Ini bermakna selepas tarikh tersebut, pelan GoLife tidak lagi tersedia untuk pelanggan. Bagaimanapun, syarikat itu masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi atau pengumuman terbuka, malah tidak memberikan penjelasan mengenai sebab penamatan tersebut.

Image from: Pelan Insurans GoLife U Mobile Akan Ditamatkan Pada 31 Ogos 2026

Namun, daripada pengumuman ini dapat difahami bahawa kedua-dua pelan GoLife tidak akan lagi ditawarkan untuk langganan baharu atau pembaharuan melalui platform U Mobile selepas 31 Ogos 2026. Status polisi sedia ada masih belum dapat dipastikan namun berpotensi kekal sah sehingga tarikh tamat perlindungan masing-masing.

Malah, dalam bahagian FAQ turut dinyatakan bahawa mana-mana langganan yang aktif akan terus menikmati perlindungan insurans sehingga akhir tempoh tersebut. Cuma, tiada pembaharuan boleh dilakukan selepas itu. Sekiranya terdapat perkembangan baharu daripada U Mobile, kami akan mengemaskini dalam artikel akan datang.

Untuk rujukan, GoLife terdiri daripada dua pilihan iaitu GoLife 5 dan GoLife 10. GoLife 5 ditawarkan pada harga RM5 sebulan dengan perlindungan sebanyak RM18,000 bagi kematian atau kecacatan kekal semua sebab serta RM36,000 bagi penyakit berjangkit. Sementara itu, GoLife 10 ditawarkan pada RM10 sebulan dengan perlindungan sebanyak RM38,000 bagi kematian atau kecacatan kekal semua sebab, serta RM76,000 bagi penyakit berjangkit tertentu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved