
Pelancaran model kecerdasan buatan (AI) Seedance 2.0 ke peringkat global ditangguh oleh Bytedance kerana isu ia boleh menjana video yang melanggar harta intelek milik studio utama menurut laporan The Information.
Selepas dilancarkan bulan lalu, video dijana menggunakan Seedance 2.0 mula membanjiri media sosial. Antara yang tular ialah video Tom Cruise bertarung dengan Brad Pitt dan mengubah siri animasi Neon Genesis menjadi filem aksi nyata yang nampak cukup realistik.
Tidak sampai sehari selepas dilancarkan di China, Disney, Paramount, Warner Brothers, Netflix dan MPAA menghantar surat mengarahkan Bytedance untuk menghalang harta intelek mereka dijana menggunakan Seedance 2.0. Bytedance kemudiannya mengeluarkan kenyataan mereka akan meletakkan halangan bagi mengelakkan ia daripada berulang.
Model AI generatif yang boleh menjana video meletus sejak tahun lalu. Selepas OpenAI melancarkan Sora, mereka juga menerima amaran daripada studio untuk menghalang pelanggaran harta intelek. Kemudian OpenAI menerima pelaburan $1 bilion daripada Disney dengan teknologi Seed mungkin akan digunakan dalam produksi mereka.



