Pelancaran Lagu Bertahan Demi Cinta Tiada Kaitan Dengan Situasi Semasa Fazura & Fattah

10 Oct 2024 • 2:51 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

FAZURA Studios dan syarikat label rakaman terkemuka dari Indonesia, HITS Record akan meluncurkan secara bersama lagu baharu bertajuk Bertahan Demi Cinta pada Khamis, 10 Oktober 2024.

Lagu duet yang dinyayikan oleh Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah itu ditulis oleh komposer terkenal IPPO Hafiz.


Tiada kaitan dengan situasi semasa










“Perancangan pelancaran kedua-dua lagu ini telah dibuat beberapa bulan yang lepas atas keperluan kerjasama dan persediaan awal termasuk untuk di platform digital terkemuka.

“Sehubungan dengan itu, pelancaran lagu ini tiada sebarang kaitan dengan perkembangan terkini urusan peribadi Fazura dan kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak,” maklum kenyataan itu.