Pelancaran Nothing Phone 4 (a) Dijadualkan Pada 5 Mac 2026

TechnologyDigital
19 Feb 2026 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nothing akhirnya menamatkan teka-teki dengan mengumumkan tarikh rasmi pelancaran siri Phone 4 (a) iaitu pada 5 Mac 2026. Menariknya, pengumuman ini hadir hanya sehari selepas Apple mengesahkan kehadiran produk baharunya sekali gus menambah keterujaan dalam pasaran telefon kelas pertengahan.

image is not available

Siri baharu ini bakal hadir dalam dua varian iaitu Nothing Phone (4a) dan Nothing Phone (4a) Pro. Flipkart turut mula menyiarkan sebuah laman khas yang mengesahkan ketersediaan peranti tersebut lengkap dengan butang ‘Notify’ untuk pengguna yang ingin mengikuti perkembangan lanjut.

Dari segi spesifikasi, Nothing Phone 4a dijangka menawarkan pilihan warna yang lebih ceria berbanding beberapa generasi sebelumnya. Ia diikuti dengan pilihan storan UFS 3.1 lebih pantas, kapasiti bateri lebih besar dan cip Snapdragon sebagai tunjang utama. Jelas boleh dilihat, siri ini cuba menawarkan gabungan rekaan yang moden dengan peningkatan perkakasan dalaman yang praktikal.

image is not available

Kalau dibandingkan dengan generasi sebelumnya, peningkatan pada storan dan bateri sahaja boleh dianggap sudah cukup memberi nilai tambah. Namun, persoalan besar yang masih menanti jawapan ialah sejauh mana cip Snapdragon yang digunakan mampu memberikan prestasi terbaik dalam kelasnya.