Sony Naikkan Harga PlayStation 5 Di Seluruh Dunia Bermula 2 April

TechnologyGaming
28 Mar 2026 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony mengumumkan harga jualan PlayStation 5, PlayStation 5 Pro dan PlayStation Portal akan dinaikkan di seluruh dunia bermula 2 April 2026. Mereka berkata walaupun menyedari impak kenaikan harga terhadap komuniti, ia perlu dilakukan bagi memastikan mereka terus boleh menawarkan “pengalaman permainan video yang inovatif” kepada pemain global.

image is not available

Setakat ini hanya harga baharu untuk Amerika Syarikat, UK, Jepun dan Eropah sahaja telah diumumkan dengan harga jualan Malaysia belum lagi dipaparkan di laman rasmi Sony. Tinjauan kami pagi ini mendapati hanya stok PlayStation 5 Disc Console (Slim) dan PlayStation Portal berwarna putih sahaja masih boleh dibeli dengan model lain sudah habis dijual.

Berikut ialah harga baharu konsol di beberapa negara.

Harga A.S
(Baharu)
Harga UK
(Baharu)
Harga Jepun
(Baharu)
Harga Malaysia
(Lama)
PlayStation 5$649.99 
(RM 2,551)
£569.99 
(RM 2,970)
¥97,980 
(RM 2400)
RM 2,499
PlayStation 5 Digital Edition$599.99 
(RM 2,534)
£519.99 
(RM 2,709)
¥89,980 
(RM 2204)
RM 2,069
PlayStation 5 Pro$899.99
(RM 3,531)
£789.99
(RM 4,116)
¥137,980
(RM 3380)
RM 3,849
PlayStation Portal$249.99
(RM 981)
£219.99
(RM 1193)
¥39,980
(RM 980)
RM 999


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved