Pelancaran Siri Yang Dipertingkat Mungkin Ditangguh Lagi

TechnologyDigital
12 Feb 2026 • 4:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri yang dikemaskini dengan ciri lebih pintar yang dirancang diberikan pada Q1 2026 dilaporkan ditangguh lagi menurut Mark Gurman di Bloomberg. Dalam ujian dalaman yang sedang dilakukan, Siri baharu dengan perlahan dan tidak menawarkan maklumat yang tepat. Oleh itu ia tidak melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh Apple.

image is not available

Siri masih akan dikemaskini menerusi iOS 26.4 tidak lama lagi tetapi dengan hanya separa fungsi diaktifkan. Pengguna mungkin diberikan akses awal kepada semua ciri baharu Siri tetapi dengan mereka perlu menyedari ia bukan produk akhir. Akses penuh kepada Siri yang benar-benar dipertingkat hanya diberikan menerusi iOS 26.5. kelak.

Menerusi Siri yang dipertingkat, ia boleh mengambil maklumat daripada pelbagai aplikasi dalam peranti. Sebagai contoh pengguna boleh memberikan arahan “apa nama restoran di Kampung Bharu yang saya cari minggu lalu”. Siri akan melihat sejarah carian sebelum memberikan jawapan yang tepat.

Pembangunan Siri baharu dan juga Apple Intelligence tidak berjalan lancar sejak ia diumumkan. Ciri yang sepatutnya tiba dengan siri iPhone 16 tertangguh menyebabkan Apple terpaksa menggunakan model asas berasaskan Google Gemini kerana model asas dibangunkan sendiri tidak memuaskan. Ciri Siri yang lebih pintar telahpun diterima peranti Pixel 10 di pasaran tertentu menerusi Google Personal Intelligence.