
Tular satu video memaparkan seorang pelancong China yang kesal apabila mendapati warga Singapura tak pakai bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan mereka.
Menerusi satu perkongsian di TikTok @sgwhatsup, seorang lelaki berkunjung ke Singapura dan menyangka mereka menggunakan bahasa Cina dalam kehidupan seharian.
@sgwhatsup Who’s gonna tell him
Namun sangkaannya meleset apabila dia terpaksa berbahasa Inggeris apabila berurusan di mana-mana kaunter di negara itu.
Pada video itu, lelaki berkenaan bertanyakan kepada kakitangan di kaunter berkenaan Pass Pelancong Singapura (EZ-Link) dalam bahasa Cina.

Namun begitu, kakitangan di kaunter tersebut meminta lelaki itu untuk berbahasa Inggeris untuk melakukan urusan berkenaan kad tersebut.
“Tadi muka orang di kaunter itu jelas-jelas nampak dia orang Cina tapi dia tak boleh berbahasa Cina.
“I datang ke Singapura jadi bahasa Cina sepatutnya banyak digunakan. Memang pelik,” katanya.
Pelancong China kesal warga Singapura tak pakai bahasa Cina

Dalam pada itu, lelaki itu turut menyatakan bahawa peta bagi perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) juga tidak menggunakan bahasa Cina.
“Peta MRT pun tak ada bahasa Cina. Geramnya tengok peta ni semuanya dalam bahasa Inggeris. Tak letak pun bahasa Cina.

“Singapura sepatutnya bukan macam ni,” luah lelaki berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membidas kenyataan daripada lelaki berkenaan dan berkata bahasa kebangsaan Singapura ialah bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris bahasa kebangsaan kami

Bahasa pertama kami Inggeris


Pernah pelancong China kata jangan belajar Inggeris

Duduk je la dalam negara awak tu

Bahasa Inggeris bahasa utama, baru bahasa lain

Mungkin kena buat research dulu sebelum melancong, baru tak kena ‘culture shock‘…….
Sumber: TikTok @sgwhatsup
The post Pelancong China Kesal Warga Singapura Tak Pakai Bahasa Cina – “Sepatutnya Bukan Macam Ni” appeared first on Borak Daily.



