
CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki Jerman berusia 58 tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang ketika melakukan aktiviti mendaki di Jungle Trail 10, Tanah Rata di sini, hari ini.
Hasselbusch Joerg dilaporkan terjatuh ke dalam lubang yang dipercayai merupakan bekas laluan air ketika menjalankan aktiviti mendaki bersama pasangannya, Hasselbusch Marina, 57.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan anggota pasukan operasi membawanya turun ke kaki gunung sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan.
”Pasangan mangsa yang turut melakukan aktiviti hiking bersamanya dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Salahuddin, kejadian berkenaan bukan berpunca daripada tanah runtuh seperti maklumat awal yang diterima melalui talian kecemasan 999, sebaliknya mangsa terjatuh ke dalam lubang bekas laluan air. – UTUSAN
The post Pelancong Jerman maut jatuh lubang ketika mendaki di Cameron Highlands appeared first on Utusan Malaysia.






