Pelancong Jerman maut terjatuh ketika mendaki di Cameron Highlands

11 Sep 2026 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pelancong Jerman maut terjatuh ketika mendaki di Cameron Highlands

KUANTAN, 11 SEPT: Seorang pelancong lelaki warga Jerman maut selepas terjatuh ke dalam lubang ketika melakukan aktiviti pendakian di Jungle Trail 10, Tanah Rata, Cameron Highlands hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata lelaki berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12.04 tengah hari sebelum sepasukan 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di kaki bukit pada 12.35 tengah hari dan sampai ke lokasi kejadian kira-kira 45 minit kemudian dengan jarak perjalanan sekitar tujuh kilometer. Mangsa terjatuh ke dalam lubang yang dipercayai bekas laluan air.

“Mangsa ketika kejadian melakukan aktiviti mendaki bersama pasangannya berusia 57 tahun yang dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan operasi membawa mangsa turun ke kaki gunung menggunakan pengusung sked sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved