
CAMERON HIGHLANDS – Seorang pelancong warga Jerman maut selepas terjatuh ke dalam lubang laluan air ketika mendaki di Jungle Trail 10, Tanah Rata di sini hari ini.
Difahamkan, semasa kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Hasselbush Joerg, 58, sedang melakukan aktiviti pendakian bersama seorang rakan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd. Salahudin Isa berkata, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam lubang laluan air dan pemeriksaan awal mendapati lelaki itu tidak sedarkan diri.
“Anggota bomba membawa mangsa turun ke kaki gunung sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan,” katanya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Salahudin, pihaknya yang tiba di kaki bukit pada pukul 12.35 tengah hari mengambil masa kira-kira 45 minit untuk melakukan pendakian ke lokasi mangsa dilaporkan terjatuh. – KOSMO! ONLINE
The post Pelancong Jerman maut terjatuh ketika ‘hiking’ di Tanah Rata appeared first on Kosmo Online.






