Pelancong Malaysia Tersentuh Lihat Kucing Jalanan Di Madinah, Seru Jemaah Bawa Makanan

16 Nov 2026 • 7:14 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Pelancong Malaysia Tersentuh Lihat Kucing Jalanan Di Madinah, Seru Jemaah Bawa Makanan

MADINAH – Keadaan kucing jalanan yang didakwa kelihatan kurus dan takut kepada manusia di sekitar Masjid Quba, Madinah, mengundang rasa simpati dalam kalangan pengguna media sosial.

Perkara itu menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads, @bellalllunaaa_, berkongsi pengalamannya melihat beberapa ekor kucing di kawasan berkenaan yang disifatkan kelihatan tidak terurus dan seolah-olah mengalami trauma terhadap manusia.

Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan turut menggalakkan jemaah yang bakal menunaikan umrah supaya membawa makanan kucing sekiranya berkesempatan.

Menurutnya, makanan kucing sukar diperoleh di kawasan berkenaan, sekali gus menyukarkan usaha untuk membantu haiwan tersebut.

Netizen Kongsi Pengalaman Beri Makanan

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi apabila beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama ketika berada di Madinah dan Makkah.

Ada pengguna mendakwa pernah membawa makanan untuk diberikan kepada kucing di sekitar kawasan masjid, namun mendakwa ditegur ketika berbuat demikian.

Seorang lagi pengguna pula berpendapat makanan perlu diberikan di lokasi yang sesuai dan tidak mengganggu laluan orang ramai.

Malah, terdapat juga pengguna yang berkongsi gambar kucing jalanan yang kelihatan kurus ketika berada di sekitar kawasan berkenaan. -The Malaysian Update

The post Pelancong Malaysia Tersentuh Lihat Kucing Jalanan Di Madinah, Seru Jemaah Bawa Makanan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved