Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi

16 Mar 2024 • 3:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pelancong lelaki warga China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi pada Jumaat. Foto hiasan

KOTA KINABALU - Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa, Zhou Chunguang, 51, ditemukan dua pelancong lain kira-kira jam 1.15 tengah hari, yang kemudian meminta bantuan penyelamatan daripada pengawal pantai.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Chunguang bersama isterinya memasuki pulau itu menggunakan bot pelancong kira-kira jam 10 pagi.

"Pada jam 12.45 tengah hari mangsa dikatakan mandi bersendirian manakala isterinya berada di kawasan pantai, sebelum mangsa ditemukan sekitar 30 minit kemudian.

"Mangsa kemudian dibawa naik ke pantai dan diberikan bantuan pernafasan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata, Zhou kemudian dibawa ke daratan untuk dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Mayat dibawa ke hospital (HQE 1) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved