Percutian Bertukar Tragedi, Pelancong Warga China Ditemui Lemas Di Pulau Sapi Sabah

16 Mar 2024 • 4:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa ditemui lemas oleh pelancong lain

Percutian Bertukar Tragedi, Pelancong Warga China Ditemui Lemas Di Pulau Sapi Sabah. Dipetik daripada laporan Kosmo, seorang pelancong warga Chinatelah ditemui lemas ketika melakukan aktiviti mandi laut di pantai Pulau Sapi, semalam.

Dipercayai bahawa mangsa, Zhou Chunguang berusia 51 tahun datang bercuti bersama isteri, telah ditemui lemas oleh pelancong lain yang turut berada di pantai berkenaan.

image is not available
Percutian Bertukar Tragedi, Pelancong Warga China Ditemui Lemas Di Pulau Sapi Sabah

Mangsa lemas setelah mandi bersendirian di pantai

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, hasil siasatan mendapati mangsa masuk ke Pulau Sapi menggunakan bot pelancongan kira-kira jam 10 pagi semalam bersama isterinya.

Kemudain mangsa dilaporkan telah mandi bersendirian di pantai berkenaan manakala isteri mangsa pula berada di pantai kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Bagaimanapun, mangsa dijumpai lemas oleh dua pelancong lain kira-kira 30 minit kemudian sebelum mereka meminta bantuan pengawal pantai di Pulau Sapi, jelas Mohd Zaidi hari ini.

image is not available
Kredit gambar: Kosmo

Mangsa telah diberikan bantuan CPR terlebih dahulu

Beliau turut memaklumkan mangsa selepas itu dibawa naik ke pantai sebelum diberi bantuan pernafasan (CPR) selama lima minit.

Mangsa seterusnya dibawa ke hospital namun doktor bertugas di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada pukul 1.55 petang ketika berada di Jeselton Point.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: