Kali Pertama Ke Sabah, Kapal Norwegian Jewel Sudah Berlabuh Di Kota Kinabalu

23 Feb 2024 • 1:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kapal pelayaran Norweigian Jewel berlabuh di Kota Kinabalu

Kali Pertama Ke Sabah, Kapal Norwegian Jewel Sudah Berlabuh Di Kota Kinabalu. Kapal pelancongan pelayaran Norwegian Jewel yang membawa pelancong-pelancong berkunjung ke Sabah telah membuat pelayaran pertama bersejarahnya ke Kota Kinabalu.

Ketibaan kapal berkenaan pada hari ini adalah ketibaan pertama Norwegian Jewel ke pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah.

image is not available
Kali Pertama Ke Sabah, Kapal Norwegian Jewel Sudah Berlabuh Di Kota Kinabalu. Kredit gambar: FB SABAH, Malaysian Borneo

Kapal ini membawa seramai 3,000 penumpang termasuk anak kapal

Berasal dari Kepulauan Bahamas di Caribbean, kapal Norwegian Jewel ini membawa seramai 3,000 orang penumpang termasuk anak kapal. Para penumpang seterusnya disambut dengan mesra oleh warga Sabah dan persembahan tarian kebudayaan juga dipersembahkan buat pelancong dari kapal berkenaan.

Untuk pengetahuan, kapal pelayaran Norwegian Jewel ini merupakan kapal tebesar Norwegian Cuise Line buat penampilan sulungnya pada Ogos 2005.

image is not available
Kredit gambar: FB SABAH, Malaysian Borneo

image is not available
Kredit gambar: FB SABAH, Malaysian Borneo

Kapal Norwegian Jewel

Kapal ini dilengkapi restoran mewah, spa kesihatan, salon kecantikan, golf mini dan pelbagai aktiviti menarik di atas kapal berkenaan termasuk ruang bilik penginapan yang dilengkapi dengan katil selesa serta bilik air.

Sebelum ini, kapal ini pernah berlayar di negara jiran kita, di Brunei Darussalam.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: