Pelanggan Beri Rating 1-Star Kerana Kafe Hanya Ada Sistem Cashless Raih Pelbagai Reaksi

LocalOpinion
24 Jun 2025 • 5:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kalau anda perasan, masyarakat kini semakin beralih ke gaya hidup kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) dalam rutin harian mereka.

Jika dahulu perlu membawa dompet besar untuk meletakkan wang tunai, kini sesetengah individu lebih memilih membawa dompet kad (card holder) bagi mengisi kad debit atau kredit mereka.

Walaupun pembayaran menggunakan e-wallet atau kad ini adalah lebih pantas dan cekap, tetapi masih ada segelintir individu yang menggemari sistem terdahulu iaitu melalui transaksi wang tunai. Mungkin disebabkan sudah terbiasa dengan kaedah terbabit.

Pelanggan Beri Rating Rendah Kerana Kafe Guna Kaedah Pembayaran Cashless Sahaja

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila sebuah kafe, dikenali sebagai The Komunal Cafe berkongsi tangkap layar review yang ditinggalkan oleh salah seorang pelanggan mereka selepas mengunjungi kedai makan tersebut.

Pelanggan terbabit dilihat tidak berpuas hati apabila kafe terbabit hanya menawarkan transaksi pembayaran tanpa tunai (cashless) sahaja.

“Tidak akan lagi (pergi ke kafe itu). Perniagaan ni (terapkan servis) cashless. Wang tunai masih sah di Malaysia dan (pihak kafe) perlu terima. Saya tak sokong bisnes cashless,” katanya.

Perkara yang membuatkan pihak kafe lebih hampa apabila pelanggan itu meninggalkan rating satu bintang sahaja. Ia merupakan rating terendah yang boleh diberikan apabila review sesuatu kedai makan.

Ia sekaligus boleh mengundang persepsi buruk orang ramai terhadap kafe itu.

Selain mengadu tentang kaedah pembayaran, pelanggan terbabit turut mendakwa kafe mengenakan caj yang salah bagi pembeliannya di sana.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik

Kafe Guna Sistem Cashless Kerana Lebih Efisien

Mengambil maklum tentang review itu, pihak The Komunal Cafe berkata mereka berasa agak kecewa kerana mendapat rating rendah hanya kerana sistem cashless.

“Sedih bila tengok pelanggan bagi 1-star review bukan sebab makanan tak sedap, terlebih masak atau servis teruk. Tapi sebabkan peraturan cashless kami.

“Ya, kami menggunakan kaedah cashless sepenuhnya untuk keselamatan dan nak kurangkan sebarang kesilapan (transaksi). Nak tanya, (pendapat) korang macam mana dengan sistem cashless ni?” kata The Komunal Cafe.

Berbicara tentang dakwaan caj salah yang dikenakan, pihak kafe tersebut berkata mereka akan menyelesaikan isu berkenaan dengan pantas sekiranya pelanggan terus datang ke kaunter untuk mengetengahkan perkara itu.

Ramai Setuju Wang Tunai Sepatutnya Masih Menjadi Pilihan Jenis Transaksi Bagi Pembeli

Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang jenis pembayaran di kafe berkenaan.

Ramai bersetuju bahawa setiap premis perniagaan sepatutnya masih menggunakan kaedah pembayaran secara tunai.

“Betul tu. Walaupun kedai ada hak untuk tentukan kaedah pembayaran, asas urus niaga tetap guna tunai. Jadi, memang akan ada orang yang rasa tak puas hati bila kedai tak terima duit tunai,” kata seorang wanita.

Malah segelintir individu turut mempersoalkan sama ada kafe terbabit ada menerangkan tentang polisi transaksi tanpa tunai kepada pelanggan sebelum mereka menjamu selera di situ.

“Kamu ada papar besar-besar depan pintu tulis ‘No Cash Accepted’ ke? Masa pelanggan nak order, kena ingatkan sekali lagi korang tak terima tunai. Jika pelanggan dah ambil maklum dan masih tinggalkan review macam tu, memang tak patut,” ujar seorang lelaki.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Sistem Cashless Tidak Mesra Pengguna Buat Golongan Yang Kurang Mahir Guna Teknologi

Sementara itu, ramai berpendapat transaksi tanpa tunai ini memudahkan golongan muda yang mahir menggunakan teknologi canggih tetapi bukannya orang dewasa lebih tua.

“Cashless sepenuhnya lebih-lebih lagi dengan pembayaran melalui kod QR sahaja diibiratkan kejam untuk golongan lebih tua yang bergelut menggunakan teknologi. Seolah-olah kamu menolak mereka kerana mereka kerana tak boleh nak sesuai diri dengan sistem cashless.

“Benda ni selalu jadi dekat ibu bapa saya. Lagi satu, ia akan jadi satu masalah jika ada gangguan teknikal atau isu internet masa melakukan transaksi tanpa tunai,” jelas seorang pengguna Threads.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: Threads

Sistem Cashless Bantu Tingkatkan Kecekapan Pengurusan Kewangan

Pihak kerajaan juga menggalakkan rakyat untuk menggunakan kaedah pembayaran elektronik seperti MyDebit, FPX, JomPAY, DirectDebit, dan DuitNow QR apabila berurusan dengan agensi mereka.

Sebelum ini, sebanyak 138,817,425 transaksi tanpa tunai direkodkan menerusi Kempen Pembayaran Tanpa Tunai dan Cek Peringkat Nasional Siri Ke-4 (Cashless Boleh 4.0) bermula 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.

image is not available
Sumber: Freepik

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, kaedah sistem cashless ini meningkatkan keselamatan dan kecekapan dalam transaksi kewangan.

Bukan itu sahaja, ia juga membantu masyarakat melakukan pembayaran dengan mudah bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara juga. Sebagai contoh, anda tidak perlu menukar wang tunai yang banyak sekiranya melancong ke negara lain.

Source: