‘Pelanggan dapat perbaharui pasport pada 22 April’ – Jabatan Imigresen Pulau Pinang

24 Apr 2024 • 1:23 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular satu hantaran daripada seorang lelaki yang kecewa dengan layanan yang diberikan oleh kakitangan imigresen di UTC Pulau Pinang.

Dalam perkongsiannya, lelaki tersebut mendakwa kakitangan tersebut tidak membenarkan ibunya memperbaharui pasport kerana tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Susulan penularan itu, Jabatan Imigresen menerusi satu kenyataan menyatakan pelanggan berkenaan sudah dapat memperbaharui pasport dan telah mengambilnya di pejabat UTC Pulau Pinang pada 22 April 2024.

image is not available

Sehubungan dengan itu juga, kenyataan itu menyebut pegawai-pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana faktor tersebut.

“Pegawai-pegawai imigresen tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana gagal menguasai bahasa kebangsaan.

“Namun begitu, dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melaksanakan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

“Semakan ini perlu dilakukan dengan secara profesional dan berhemah,” tulis kenyataan itu.