Pelanggan Jumpa Tikus Dalam Sup Miso, Saham Rangkaian Restoran Sukiya Jatuh Teruk

LocalFood
25 Mar 2025 • 10:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, baru-baru ini, seekor tikus telah ditemui di dalam hidang yang disediakan oleh restoran Jepun Sukiya dan menjadi punca saham Zensho Holdings menurun sebanyak 7.1 peratus, di mana ia paling banyak sejak 13 Februari lalu.

Pelanggan jumpa tikus dalam sup miso

Difahamkan, seorang pelanggan mengadu susulan menjumpai seekor tikus di dalam sup miso yang dipesan.

Menurut pihak Sukiya, tikus berkenaan telah memasuki ke dalam hidangan tersebut sewaktu makanan sedang disediakan di sebuah cawangan yang terletak di Tottori, Jepun pada 21 Januari lalu dan gagal disedari oleh pekerja di sana.

image is not available

Sukiya mohon maaf, sedar pelanggan mula ragu-ragu

Pihak restoran turut memohon maaf kerana gagal mengendali masalah itu lebih awal dan sedar kini pelanggan sudah mula ragu-ragu untuk mengunjungi restoran tersebut.

Dalam pada itu, rantaian restoran berkenaan membuat pengumuman bahawa pihak mereka akan menggandakan langkah-langkah kebersihan.

image is not available 1 week ago

Nasi Lemak Jatuh Takhta, Kini Roti Tisu Jadi Pilihan Pelancong? - "Menyala Roti Tisu Mamak!"