Pelanggan Merungut Harga Nasi Lemak RM3, Netizen Backup Peniaga - “Nak Murah Masak Sendiri”

27 May 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Frasa Inggeris pernah menyatakan bahawa ‘customer is always right’. Tetapi ada kalanya telatah yang ditunjukkan oleh pelanggan kurang menyenangkan sehingga mendatangkan ketidakselesaan terhadap penjual.

Itulah situasi yang terpaksa dialami oleh seorang peniaga wanita di mana dirinya berhadapan dengan pelanggan yang merungut tentang harga nasi lemak yang ditetapkan.

“Mahal juga awak jual, terlalu mahal lah terus terang...

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat pelanggan berkenaan mengomel tentang ketidakpuasan hatinya tentang harga nasi lemak RM3 yang dikatakan terlalu mahal.

“Mahal juga awak jual, terlalu mahal lah terus terang, sebab ikan bilis pun RM35 sahaja sekilo, saya pun biasa masak,” getusnya.

Pelanggan Merungut Suruh Letak Harga Berpada-Pada

Tidak hanya berhenti di situ, rungutan pelanggan itu disambung lagi dengan teguran kepada peniaga tersebut supaya meletakkan harga yang berpada-pada.

“Saya nak tegur sikitlah, memang kita nak cari untung tetapi berpada-pada,” tambah pelanggan itu lagi.
 




image is not available