Pelantar Perancah Bangunan Jatuh Dari Tingkat 56, Hempap Kereta

Cars
13 Jan 2023 • 5:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelantar perancah bangunan jatuh dari tingkat 56, hempap kereta

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Sebuah kereta jenis Toyota rosak teruk selepas dihempap pelantar perancah yang jatuh dari tingkat 56 bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Ampang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata dalam kejadian 8.45 pagi itu, sekeping pelantar perancah bangunan setinggi 80 tingkat yang dalam pembinaan itu telah jatuh dan mengenai kereta berkenaan yang diletakkan di hadapan sebuah kedai serbaneka.

“Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan berikutan pemandu kereta itu berada dalam kedai berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular gambar menunjukkan sebuah kenderaan rosak di bahagian bumbung akibat dihempap bahan binaan berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved