Pelari Pecut Azeem Fahmi Menyinar Di Texas, Pecah Rekod 60 Meter Kebangsaan

1 Mar 2025 • 4:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terus menunjukkan prestasi luar biasa di pentas antarabangsa apabila sekali lagi mencipta sensasi dalam acara 60 meter dalam dewan di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat.

Menerusi perkongsian dari platform X Auburn TFXC, Azeem telah menunjukkan kehebatannya dengan berada di kedudukan yang baik dalam saingan tersebut.

https://x.com/AuburnTFXC/status/1895683759623835787

Azeem Fahmi menyinar di Texas, raih tempat ke-2 dalam separuh akhir

Hal itu sekali gus membuatkan atlet berusia 20 tahun itu berjaya melayakkan diri ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan perlumbaan separuh akhir di tempat kedua dengan catatan masa 6.61 saat.

image is not available

Azeem Fahmi menyinar di Texas, pecah rekod kebangsaan

Lebih menarik, pencapaian ini hadir hanya sebulan selepas dia memecahkan rekod kebangsaan dalam acara yang sama dengan masa terpantas 6.60 saat.

image is not available

Rekod demi rekod berjaya dipecahkan, membuktikan Azeem semakin hampir untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Adakah Azeem mampu mencipta satu lagi sejarah di peringkat akhir? Sama-sama kita nantikan aksi hebatnya!

Sumber: X Auburn TFXC