Pelari Pecut Negara Azeem Fahmi Pecah Rekod Kebangsaan 60m Di Texas

Entertainment
1 Mar 2025 • 2:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi, sekali lagi mencipta sejarah dalam arena olahraga apabila mencatatkan masa 6.61 saat dalam acara 60 meter (m) di Kejohanan Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships, yang berlangsung di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, atlet berusia 20 tahun itu berjaya menempah tiket ke pusingan akhir selepas menamatkan larian di tempat kedua, memperkukuh reputasinya sebagai salah satu pelari muda paling berbakat dari Malaysia.

Kejayaan ini hadir hanya sebulan selepas Azeem memecahkan rekod kebangsaan acara yang sama dengan catatan 6.60 saat.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu kini mewakili Universiti Auburn, dan bersama rakan sepasukannya, Israel Okon, terus mencipta impak di pentas olahraga antarabangsa.

image is not available

Dengan momentum luar biasa ini, Azeem dilihat semakin bersedia untuk menyaingi jaguh dunia dalam acara pecut, sekaligus meletakkan Malaysia di peta sukan olahraga global.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.