Pelawak Didakwa 3 Pertuduhan Menghina Di Media Sosial, Mengaku Tak Bersalah

22 Jul 2022 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak video viral mengenai Siti Nuramira dikatakan menghina Islam ketika membuat persembahan komediri di Kelab Komedi Crackhouse, nama pengasas bersama kelab tersebut turut terheret sama gara-gara beberapa video persembahannya tular dan mengundang kemarahan orang ramai.

Rizal Van Geyzel dikatakan telah dengan sengaja membuat lawak yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama sehingga laporan ke atasnya dibuat dan dia telah dimasukkan ke dalam lokap selama sehari selepas memberikan kenyataan di Balai Polis Dang Wangi.

image is not available

Memetik laporan dari FMT, sebentar tadi pelawak ini telah pun dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Jenayah Siber dan didakwa dengan tiga pertuduhan memuatnaik bahan mempunyai unsur penghinaan di media sosial.

Rizal mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan hakim Nor Hasniah Abdul Razak.

Pelawak komediri ini juga telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan turut diminta untuk menyerahkan pasport.

Berdasarkan pertuduhan, Rizal dikatakan telah memuatnaik satu video di Facebook ‘Rizal Van Gyzel’ dengan niat untuk menghina orang lain pada 11.23pm, 4 Julai lalu.

Manakala pertuduhan kedua dan ketiga mengatakan Rizal telah memuat naik video yang sama di Instagram ‘rizalvangeyzel’ pada 6 Julai dan di TikTok dengan nama yang sama pada 5 Julai.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 19 Ogos nanti.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.