
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai penahanan seorang pelawak popular di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja.
Insiden tersebut berlaku ketika pelawak berkenaan sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah dua bulan lepas.
Terbaru, menerusi laporan daripada Berita Harian, pelawak itu sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di penjara Jeddah atas kesalahan dadah. Hukuman tersebut telah dijatuhkan ketika perbicaraannya pada November lalu.
Sumber juga berkata, pelawak itu berkemungkinan boleh dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.
Kedutaan sahkan penahanan seorang rakyat Malaysia

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh juga telah mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja, namun identiti individu tersebut tidak didedahkan.
Sejak kejadian itu, Kedutaan Besar Malaysia bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah memberikan bantuan konsular kepada artis terbabit.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Berita Harian


