Pelawak Wanita Luar Negara Sokong Jocelyn Chia, Harap Sangat Tak Minta Maaf Dengan Waris MH370

Entertainment
12 Jun 2023 • 5:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tak sangka pula ada orang yang akan sokong apa yang dilakukan pelawak Singapura, Jocelyn Chia ni kan? Ohmedia ingatkan semua orang setuju yang Jocelyn perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan waris tragedi MH370 kerana menjadikan kes itu sebagai bahan lawak.

Akan tetapi, ada pula pelawak wanita dari Amerika Syarikat yang menyokongnya. Pelawak itu dikenali dengan nama, Chrissie Mayr yang mempertahankan lawak Jocelyn dan berharap dia tidak memohon maaf.

Perkara itu dikongsikan Chrissie di Twitter yang berkata jenaka yang dibuat oleh rakannya itu adalah lawak yang hebat dan tidak perlu untuk memohon maaf.

Jelasnya lagi, tugas sebagai pelawak bukannya untuk mengelak dari topik yang mencetuskan sensitiviti tetap sebaliknya untuk menjadi kelakar.

Jika anda tidak cukup kuat, jangan pergi ke kelab komedi atau dengar jenaka dalam talian.

image is not available

Terdahulu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memaklumkan Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura.