“Saya Tak Berdendam Dengan Malaysia” – Jocelyn Chia Mengaku Lawak Hanya Untuk ‘Panaskan’ Penonton

12 Jun 2023 • 5:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia memaklumkan bahawa dia telah melaukan rutin lawaknya lebih daripada seratus kali selama satu tahun setengah tanpa sebarang masalah.

Namun, apabila segmen tertentu dipotong menjadi klip video pendek untuk dimuat naik dalam media sosial, beberapa konteks penting telah hilang.

Jelasnya lagi, dia memang melakukan setiap jenaka dengan berhati-hati dan berpegang teguh dengan lawaknya secara keseluruhan apabila ia ditonton di dalam kelab komedi.

Apabila difikirkan, menjadikan keseluruhan persembahan dalam satu klip video pendek untuk tontonan luar daripada kelab komedi adalah sangat berisiko.

Dalam pada itu, Jocelyn berkata, rakyat Singapura telah lama mempunyai saingan mesra dengan Malaysia dan itulah yang menjadi dasar lawak jenakanya.

Saya tak berdendam dengan Malaysia. Ia juga merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk ‘memanaskan’ penonton secara langsung.

image is not available

Bukan itu sahaja, pelawak itu memaklumkan penonton yang berasal dari Malaysia juga sering datang kepadanya selepas persembahan untuk memberitahu mereka menyukai pertunjukan lawaknya.

Malah, penonton Malaysia jelas menunjukkan mereka langsung tidak tersinggung ketika datang kepadanya selepas melakukan persembahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

DS Nazri Aziz Minta Rakyat Malaysia 'Rilek', Jangan Cepat Sentap Dengan Lawak Jocelyn Chia - "Tak Perlu Jadi Childish"